Monday, 6 September 2010

Episod Dua Belas

INT/KEDAI CD MUZIKA/PAGI

NARRATION: ALISYA
Dah lama dia tak datang..dia sakit ke? Dia busy kot..banyak assignment.. Ke dia busy dengan girlfriend? Hmm..

Alisya kemudian mundar-mandir di kedai tersebut dan menyusun beberapa keping cd apabila..

ALISYA
"Hassan!", sapanya dengan begitu gembira apabila ternampak Hassan di kaunter.

HASSAN
"Ah ye..hai Alisya..".

ALISYA
"Lama tak datang? Busy ke?"

HASSAN
"Adalah kerja sikit..umm, saya datang nak beli ni je. Bye..", jawabku selepas membayar cd The Strokes.

ALISYA
"Tapi..", suara Alisya agak perlahan. Pertuturan katanya tersekat.

Malang sekali Hassan tidak dapat mendengarnya kerana dengan lekasnya Hassan melangkah keluar dari Kedai CD Muzika tanpa menoleh.

ALISYA
"Tapi saya nak ajak awak minum.."

NARRATION: HASSAN
Aku memang bodoh. Siapa yang kata setiap orang layak diberi peluang? Kalau dah loser tu, memang loser jugak. Sampai mati pun kau takkan ada chance, San. Sampai mati.

INT/KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT/PETANG

Kelihatan seorang gadis bertubuh lampai sedang berjalan ke arah pintu masuk KLIA. Di kanan dan kirinya ada pembantu yang sedang membimbit bagasi besar sambil cuba mengikuti ritma langkah cik muda tersebut. Setelah dia sampai ke limosin hitam yang sedang menunggu ketibaannya, dia tersenyum dan membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Sambil membetulkan anak rambut yang terurai, dia berkata;

"I miss Malaysia so much!".

Siapa agaknya ya?

Episod Sebelas

INT/REST21/TENGAH HARI

TAMAT FLASHBACK

HAIKAL:
"San! Hassan! Kau dengar ke tak apa yang aku cakap ni?", kata Haikal.

Hassan masih lagi termenung sendirian.

BAMM!!

Haikal menumbuk meja. Mereka menjadi tumpuan orang ramai sebentar. Hassan tersentak.

HASSAN
"Apahal kau?"

HAIKAL
"Dapat ke tak? Bila nak pergi date?"

HASSAN
"Huh? Apa kau mencarut ni?", soal Hassan.

HAIKAL
"Puteri impian yang kau nak tengah berangan tu la. Apa kata kau date dekat Jupiter? Berangan macam sial. Aku bising pungpangpungpang pun kau buat bodoh je.", perlinya.

HASSAN
"Celaka. Haha."

HAIKAL
"Dengar la apa aku nak cakap ni."

HASSAN
"Yela bangang..apahal yang penting sangat?"

HAIKAL
"Hari yang aku nampak kau dekat kedai cd tu, aku ikut kau dari belakang. Tapi aku belum masuk lagi, kau dah blah. Aku nak panggil. Tapi tak sempat. Sebab..", Haikal tersenyum lebar.

HASSAN
"Sebab kau lupa nak mandi wajib?", gurau Hassan. Dia kemudian gelak besar. Sehinggalah Haikal berkata;

HAIKAL
"Serius lah babi. Aku nampak ada awek ni. Dekat kedai tu la. Gila comel. Kalau betul bidadari tu wujud, aku rasa aku dah jumpa seorang."

Hassan terdiam. Dalam hatinya;

NARRATION: HASSAN
Takkanlah..Alisya?

Sunday, 5 September 2010

Episod Sepuluh

EXT/PADANG SEKOLAH/PAGI/SEMINGGU KEMUDIAN

Hassan sedang duduk membaca, sambil memerhatikan keindahan Bukit Jasmin.

Datang Fairunnisa, rakan sekelas yang kini telah pun menjadi teman wanitanya mendekati Hassan.

FAIRUNNISA
"San! Kenapa duduk sini? Sini panas la. U kenapa takde dekat kantin tadi? U dah makan ke belum?", tanya Fairunnisa yang mengambil berat tentang pasangannya.

HASSAN
"I tak laparlah..lagipun duduk sini boleh tenangkan fikiran I."

FAIRUNNISA
"Eh? Bukan perpustakaan lagi?"

HASSAN
"Boringlah dekat situ. Lagipun Haikal kan selalu lepak dekat situ jugak."

FAIRUNNISA
"That stupid moron..huh."

HASSAN
"Biar jela dia..kan?"

FAIRUNNISA
"Umm..San, I ada benda nak bagitau U.."

HASSAN
"What is it, sayang?"

FAIRUNNISA
"I..actually the whole family I..kena pergi Aussie.. Nenek I sakit.", dengan nada sedih.

HASSAN
"Huh? Bila?"

FAIRUNNISA
"Esok.."

HASSAN
"Sampai?"

Fairunnisa hanya terdiam. Kerana dia sendiri pun tidak pasti bila dia akan kembali. Fairunnisa sedar bahawa Hassan tidak mahu berjauhan dengannya.

FAIRUNNISA
"But U akan tunggu I kan?"

HASSAN
"Kalau U janji U akan balik."

FAIRUNNISA
"Promise, sayang!"

Hassan tersenyum. Gembira mendengar jaminan dari gadis comel itu.

INT/BILIK FAIRUNNISA/MALAM

Fairunnisa sedang membalas mesej dari Hassan. Kemudian tersenyum sendirian. Seterusnya terbaring. Masih lagi tersenyum.

SFX/TELEFON BIMBIT FAIRUNNISA

Dia tersenyum luas sambil mencapai telefonnya. Tetapi tidak lama kemudian, mukanya berubah. Kerana pengirimnya bukan Hassan. Sebaliknya, Haikal.

HAIKAL: Sory 4 disturbing. Can i come 2 ur majlis perpisahan esk?

FAIRUNNISA: Why? Knp nak dtg?

HAIKAL: Bcoz i nak jmpe u 4 the last time.

FAIRUNNISA: Xpyh. I xnk jmpe u pun.

HAIKAL: But I dh brubah. Betul! I dh sedar slame ni yg I mmg teruk. Pliz.

FAIRUNNISA: Hassan msti xske u dtg esk.

HAIKAL: Nnt I ckp dgn die. I dh mtk maaf dkt die td. N i nk mtk maaf dgn u pulak.

FAIRUNNISA: Apology accepted. Gudbye.

HAIKAL: Pliz. As a fren.

FAIRUNNISA: 11.30

HAIKAL: I'll be there at 10.30. Thnx.

FAIRUNNISA: Wateva.

Fairunnisa mengeluh panjang. Dia nyata bingung dengan tindakan Hassan memaafkan Haikal.

INT/KLIA/PAGI

Semua teman2 rapat Fairunnisa berkumpul untuk mengucapkan selamat tinggal. Ada juga yang memberi hadiah kenang-kenangan.

Fairunnisa menuju ke arah Hassan.

HASSAN
"Jaga diri baik2, Nisa.."

FAIRUNNISA
"I will..U pun..jangan lupa..", katanya sebelum dipotong oleh panggilan dari Haikal.

HAIKAL
"Nisa! I will missed U!"

Hassan membuat ekspresi muka tidak puas hati.

FAIRUNNISA
"Really? Ok..", kemudian berpaling kepada Hassan.

HASSAN
"Sayang, U kena pergi sekarang.."

FAIRUNNISA
"Well, i guess..this is the end."

HASSAN
"The end of the beginning is the beginning of the end."

FAIRUNNISA
"Bila I dah balik nanti, I nak dengar U berfalsampah lagi.", katanya sambil tersenyum.

HASSAN
"Sure thing.", balasnya.

Fairunnisa mengucapkan salam perpisahan kepada semua rakannya. Jauh di sudut hatinya, dia berasa berat sekali untuk meninggalkan Hassan.

Dan jauh di hati Hassan pula, tertanya-tanya adakah kepulangan gadisnya itu sesuatu yang pasti. Dia hanya mampu memandang pesawat yang dinaiki Fairunnisa terbang tinggi, mengecil dari pandangannya dan kemudian lenyap ditelan jarak.

Tidak lama kemudian, Haikal memegang bahu Hassan dan mengajaknya minum di Rest14.

Saturday, 4 September 2010

Episod Sembilan

INT/4 DINAMIK/PAGI/KEESOKAN HARINYA

DAMM! Kelas 4 Dinamik gempar apabila pintunya diterajang Haikal.

HAIKAL
"Mana Hassan? Mana? MANA BUDAK CELAKA TU?", jerit Haikal.

FAIRUNNISA
"Haikal! U ni kenapa?"

Haikal tidak menjawab. Hanya memberi satu jelingan tajam kepada Fairunnisa. Kemudian menggenggam kolar Hassan sebelum memberi satu tumbukan tepat di perutnya.

HAIKAL
"Kalau kau nak ganggu awek aku, tanya aku dulu, ok camera freak?"

HASSAN
"Apa masalah kau, bengap?"

HAIKAL
"Kau dah buat onar dengan awek aku, tanya apa masalah aku pulak? Celaka!!"

DUSH! DUSSH!!

"And U Nisa, bagitau I apa yang dia buat dekat U semalam?"

FAIRUNNISA
"Haikal! Stop it! Hassan tak buat apa2 dekat I pun la! Dia cuma ikhlas nak tolong I semalam!"

HAIKAL
"Ikhlas? Berduaan, berpelukan apa semua dekat makmal Bio tu U kata ikhlas?"

DUSHH!
Satu lagi tumbukan dari Haikal tepat ke muka Hassan. Menyebabkan dia tercampak ke meja.

HAIKAL
"Kalau U nak sangat budak loser macam dia ni, ambik!"

FAIRUNNISA
"Fine! I'm Hassan's now! Mulai sekarang, kita putus!"

HAIKAL
"Aku tak kisah la setakat perempuan tak guna macam kau!", kata Haikal sambil melangkah keluar dari 4 Dinamik.

Fairunnisa menolong Hassan untuk berdiri. Kemudian memapahnya ke tempat duduknya semula.

HASSAN
"Nisa..sorry.."

FAIRUNNISA
"It's ok..", sambil menoleh ke arah lain untuk mengelap air matanya. Tidak mahu dilihat oleh Hassan.

Hassan cuma terdiam. Dia nyata kelihatan geram dengan perbuatan Haikal tadi.

Friday, 3 September 2010

Episod Lapan

INT/KAKI LIMA DI SEKOLAH/PAGI/SELEPAS REHAT

Hassan sedang berjalan di kaki lima menuju ke kelas. Tiba-tiba dia terserempak dengan Haikal. Bersama perempuan lain. Bersama Arianna, teman baik Fairunnisa.

HAIKAL
"Sayang, nanti kita pergi blok lima kejap? I ada suprise untuk U.."

ARIANNA
"Betul? Suprise apa?"

HAIKAL
"I nak bagi U something yang hanya lelaki je yang ada..", sambil memberikan senyuman yang nakal.

ARIANNA
"Haha..U ni nakal la..jom lah pergi blok lima! Kejap lagi kelas Fizik. Boring la cikgu tu."

Hassan yang sedang berjalan di belakang mereka hanya mendengar.

NARRATION: HASSAN
Blok lima? Gila betul. Blok tu kan dah takde orang guna. Sah-sah nak buat perkara keji.

Tiba-tiba Hassan terdengar ada suara memanggilnya.

FAIRUNNISA
"Hassan!"

Hassan diam seribu bahasa. Terkejut atau sedang mengambil langkah berjaga-jaga?

FAIRUNNISA
"U tak sudi nak cakap dengan I ke?", katanya sedikit hampa.

HASSAN
"Eh! No..I cuma takut boyfriend U marah kalau U cakap dengan I.."

Fairunnisa tersenyum.

FAIRUNNISA
"Tapi I cuma nak minta tolong U je. Tak salah kan?"

HASSAN
"O..K..tolong apa?"

FAIRUNNISA
"I ada tertinggal pencil box I dekat lab Bio..U tolong temankan I boleh? I..takut sikit. Hee.."

HASSAN
"Haikal takpe ke? Ok2.."

Mereka berdua menuju ke makmal Biologi. Di blok empat.

INT/MAKMAL BIOLOGI

FAIRUNNISA
"Hassan, U cari dekat belakang, I cari dekat depan. 'kay?"

HASSAN
"Tapi..belakang.."

FAIRUNNISA
"Kenapa?"

HASSAN
"U tak tahu ke?"

Fairunnisa menggelengkan kepalanya ke kiri dan ke kanan tanda tidak mengerti.

HASSAN
"Dulu, tahun 1990-an. Ada budak sekolah ni, perempuan la. Mengandungkan baby boyfriend dia. Thenboyfriend dia tak nak bertanggungjawab. Dia dah tak tahan, dia buang baby dia dalam sinki lab ni, then gantung diri dekat kipas belakang tu."

FAIRUNNISA
"Tapi tu urban legend je kan?", katanya cuba memberanikan diri.

HASSAN
"Entahlah. Tapi.."

KRASSH!!

Bunyi seperti ada kaca pecah. Serentak dengan itu, Fairunnisa memeluk erat Hassan. Lama pelukannya.

Mereka berdua kaku dalam keadaan itu. Jantung mereka berdegup serentak.

Tetapi mereka tidak perasan bahawa mereka sedang diperhati oleh seseorang dari blok lima.

Thursday, 2 September 2010

Episod Tujuh

INT/REST21/TENGAH HARI

Kelihatan Hassan sedang minum petang sambil menunggu seseorang. Siapa agaknya ya?

NARRATION: HASSAN
Aku tahu la kau tu anak Datuk, tapi bapak kau boleh bayar ke masa aku yang dah terbuang? Dah 2 jam aku tunggu kau. Aku sebenarnya malaslah nak jumpa kau.

Di suatu sudut, seorang jejaka masuk ke dalam restoran bercat merah itu.

HAIKAL
"San! Sorry la, aku stuck dkt Jalan Jasmin II tadi. Kau macam mana sekarang? Makin sihat ye kau."

HASSAN
"Tak guna kau. Apahal kau tiba-tiba ajak aku keluar ni?"

HAIKAL
"Takde, aku nak tanya kau, kau UM kan?"

HASSAN
"Err..yea..kenapa?"

HAIKAL
"Kau tahu Kedai CD Muzika?"

HASSAN
"Hmmm..?"

HAIKAL
"Hari tu aku nampak kau dekat situ. Selalu ke kau lepak situ?"

HASSAN
"Selalu lah jugak.."

HAIKAL
"Aku ada..kejap, Dey Mapley! Cha! Teh tarik unne!"

HASSAN
"Ada apa?"

HAIKAL
"Ada.."

SFX/TELEFON BIMBIT HAIKAL

HAIKAL
"Hey babe! U dekat mana? Apa? U boring? U nak I teman U ke? Bila? Malam ni? OK!!"

HASSAN
(Geleng2 kepala. Kemudian termenung sendirian, mengenang masa silam.)

NARRATION: HASSAN
Haikal, playboy sejati. Perangai mengalahkan buaya.

FLASHBACK: 5 TAHUN LEPAS

INT/PERPUSTAKAAN SEKOLAH/PAGI/WAKTU REHAT

Hassan sedang membaca 'Your Writing Coach' hasil tulisan Jurgen Wolff di sebuah sudut terpencil. Begitulah apa yang dilakukan setiap kali waktu rehat. Membaca buku tentang kemahiran pembuatan filem. Sambil menggalas kamera pemberian ibunya ke mana saja. Sehingga digelar camera freak.

Kemudian terdengar bunyi riuh dari depan pintu perpustakaan. Kelihatan Haikal bersama gengnya masuk lalu duduk di meja belakang Hassan.

HAIKAL
"Wei, ada camera freak ar. Takut la pulak kalau dia skodeng kita. Nanti letak dekat Redtube. Haha!"

NARRATION: HASSAN
Sabar San, sabar.

Masuk pula seorang pelajar perempuan. Fairunnisa Farhana. Rakan sekelas Hassan. Comel sekali orangnya.

HAIKAL
"Nisa baby..I miss you..", sambil tersenyum melihat buah hatinya.

FAIRUNNISA
"Haha..I miss you too..U tunggu I ke?"

HAIKAL
"Yela sayang..hemm..jom la pergi tempat lain!"

FAIRUNNISA
"Jom!", berlalu sambil memegang tangan Haikal.

Hassan spontan memandang gadis tersebut.

FAIRUNNISA
"Hai, San!", tegurnya sambil memberikan senyuman manis kepada Hassan.

Hassan hanya senyum membalas. Takut untuk melakukan tindakan selebihnya di depan Haikal.

HAIKAL
"U kenal that camera freako?", tanyanya kepada Fairunnisa.

FAIRUNNISA
"Yea..classmate I. U tak tahu?"

HAIKAL
"Tak perlu tahu.", sambil melangkah meninggalkan Hassan keseorangan.

Wednesday, 1 September 2010

Episod Enam

Seminggu selepas kematian Qibil

INT/BILIK ANNALISA/MALAM

NARRATION: ANNALISA
Qibil, my dear..I am so, so sorry..

Annalisa merenung gambar kenangan Qibil bersamanya lalu menangis semahu-mahunya.

ANNALISA
"Why did you go so soon, my dear? I tak sempat minta maaf pun lagi.."

SFX/TELEFON BIMBIT ANNALISA

ALISYA
"Hey babe, I've heard about Qibil. Are you sure that you alrite?", tanya Alisya.

ANNALISA
"Yea..I think.."

ALISYA
"U need some rest..really.."

ANNALISA
"Nantilah.."

ALISYA
"Kita keluar jom? Hangout somewhere..just to cheer you up.."

ANNALISA
"U pergilah seorang..I malaslah..takde mood.."

ALISYA
"Now, listen to me, young lady. U ingat kalau U terus macam ni, seksa diri U, tak makan apa semua, ingat Qibil boleh hidup balik?

Annalisa hanya membisu.

ALISYA
"U ingat tak risau ke tengok bestfriend I dah macam mayat hidup? Dah seminggu U macam ni, U tahu tak?", Alisya mula sebak.

"I tahu U sayangkan Qibil..I pun sama..tapi, Tuhan lebih sayangkan dia.."

Annalisa merenung kembali potret wajah Qibil. Merenung sedalam-dalamnya sambil mengimbas kembali semua kenangan bersama Qibil.

"Jangan lupa.."

Annalisa kemudian seperti tersentak! Bagaikan baru sahaja ditimpa petir. Lantas dia membuka tas tangannya dan mencari helaian kertas pemberian Qibil kepadanya seminggu lalu. Pemberian terakhir darinya.

Annalisa kemudian membuka helaian tersebut dengan berhati-hati. Sambil menangis, dia membaca tulisan tangan Qibil di kertas tersebut. Yang tertulis:

"Without your love, my dear, I will die." - Qibil.