Monday, 6 September 2010

Episod Dua Belas

INT/KEDAI CD MUZIKA/PAGI

NARRATION: ALISYA
Dah lama dia tak datang..dia sakit ke? Dia busy kot..banyak assignment.. Ke dia busy dengan girlfriend? Hmm..

Alisya kemudian mundar-mandir di kedai tersebut dan menyusun beberapa keping cd apabila..

ALISYA
"Hassan!", sapanya dengan begitu gembira apabila ternampak Hassan di kaunter.

HASSAN
"Ah ye..hai Alisya..".

ALISYA
"Lama tak datang? Busy ke?"

HASSAN
"Adalah kerja sikit..umm, saya datang nak beli ni je. Bye..", jawabku selepas membayar cd The Strokes.

ALISYA
"Tapi..", suara Alisya agak perlahan. Pertuturan katanya tersekat.

Malang sekali Hassan tidak dapat mendengarnya kerana dengan lekasnya Hassan melangkah keluar dari Kedai CD Muzika tanpa menoleh.

ALISYA
"Tapi saya nak ajak awak minum.."

NARRATION: HASSAN
Aku memang bodoh. Siapa yang kata setiap orang layak diberi peluang? Kalau dah loser tu, memang loser jugak. Sampai mati pun kau takkan ada chance, San. Sampai mati.

INT/KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT/PETANG

Kelihatan seorang gadis bertubuh lampai sedang berjalan ke arah pintu masuk KLIA. Di kanan dan kirinya ada pembantu yang sedang membimbit bagasi besar sambil cuba mengikuti ritma langkah cik muda tersebut. Setelah dia sampai ke limosin hitam yang sedang menunggu ketibaannya, dia tersenyum dan membuka cermin mata hitam yang dipakainya. Sambil membetulkan anak rambut yang terurai, dia berkata;

"I miss Malaysia so much!".

Siapa agaknya ya?

No comments:

Post a Comment